InsyAllah

Don`t despair and never loose hope Cause Allah is always by your side
Hah???!!! 50% halal??? lagi 50% pulak haram ke?? ada jugak macam ni kan.. Dalam Islam yang Halal tetap halal dan yang Haram tetap haram.. Allah telah menjelaskan banyak hal berkaitan halal dan haram di dalam Al-Quran.. Tiada istilah "separuh halal", "separa halal" atau sebagainya.. setiap bahan sumbernya perlulah 100% halal malah suci, baik, dan tidak menimbulkan rasa was was mengenai statusnya..

Kad krismas saya untuk "anda"

On 24/12/2010, in Diari Kembara Eropah, by Abu Saif | 4,324 views

“Amir, awak rindukan Krismas?” saya bertanya.

Di satu sudut masjid, Amir duduk bersimpuh tersenyum mendengar soalan saya.

Tengah hari itu cuaca di Belfast sungguh sejuk. Hanya tinggal beberapa hari lagi, Krismas tiba. Di sana sini lagu-lagu Krismas berkumandang. Teringat saya kepada suasana Aidilfitri di Malaysia, manusia bagai dipaksa-paksa untuk beremosi dengan lagu raya. Sama ada untuk melakukan barangan, menyuruh anak perantau pulang ke desa, atau dipasang sekadar menandakan musim raya sudah bermula.

Lisburn Road yang selalunya comot lagi suram dengan sentuhan cuaca Ireland Utara, indah berhias dengan pelbagai dekorasi, tidak mengalah dengan kemeriahan di sekitar pusat membeli belah Castle Court di tengah bandar.

“Tidak. Tiada rasa rindu. Tetapi rasa lebih berhubung” jawab Amir dengan tenang.

Amir adalah anak tempatan. Sudah lama memeluk Islam dan tiada gelaran ‘saudara baru’ untuknya lagi.

“Bagaimana pula lebih berhubung?” saya kurang jelas dengan maksudnya.

“Dulu-dulu, saya sekeluarga menyambut Krismas tanpa sebab yang jelas. Malah tanpa sedar, seperti ada kekeliruan antara Jesus dan Santa Claus” jelas pemuda itu.

Amir menggambarkan kepada saya betapa Krismas disambut lebih kepada sebuah adat yang sekular. Tiada intipati agama yang jelas. Hadir ke perhimpunan di gereja pun tidak dirasakan sebagai ritual agama.

“Di Belfast ini, hidup sebagai minoriti menjadikan Muslim lebih menghargai Aidilfitri. Tetapi di negara saya, Ramadan semakin disudahkan dengan perayaan yang semakin sekular. Hilang roh agamanya” saya berkongsi.

“Itulah perbezaan agama minoriti dan majoriti barangkali” Amir menyambung mesej saya tadi.

“Selepas memeluk Islam, awak masih menyambut Krismas?” saya ingin tahu.

“Ya dan tidak” jawabnya ringkas.

“Bagaimana begitu?” saya tidak pasti.

“Ya, saya masih menyambut Krismas dengan pulang menziarahi keluarga saya dan menyertai perhimpunan keluarga kami. Ada hidangan yang saya makan, ada yang tidak. Tetapi saya tidak lagi menyambut Krismas dengan jiwa yang sama seperti mereka kerana saya rasa saya lebih Kristian selepas memeluk Islam!” jelas Amir.

“Oh! Lebih Kristian selepas memeluk Islam? Unik tu!” saya terpinga-pinga.

“Tentu sahaja. Jika dahulu, status Jesus sukar untuk saya hadam ke dalam jiwa dan keyakinan. Tetapi kini segalanya jelas. Maryam dan Isa lebih indah dan suci di dalam Aqidah Islam” ujar pemuda Irish itu.

Amir membacakan kepada saya firman Allah di dalam al-Quran, surah Aal ‘Imraan:

“(Ingatlah) ketika malaikat berkata: “Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang menggembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di Dunia dan di Akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah). Dan ia akan berkata-kata kepada orang ramai semasa ia masih kecil dalam buaian, dan semasa ia dewasa, dan ia adalah daripada orang-orang yang soleh.” [Aal 'Imraan 3: 45-46]

“Versi Islam untuk Annunciation?” saya menyoal.

Amir tersenyum.

Dia memang tidak banyak berbicara.

“Eh, saya perlu beredar sekarang. Maafkan saya, Imam. Kita jumpa lagi Insya Allah” Amir tiba-tiba bangun. Teringatkan sesuatu barangkali.

“Baiklah. Merry Christmas?” saya memberi ucapan dalam nada menyoal.

“Islamic Christmas?” beliau juga menjawabnya dengan nada menyoal.

Kami ketawa.

KRISMAS DAN PELUANG DAKWAH

Saya teringat kepada pesanan Said Hawwa di dalam risalah Maulid beliau yang terhimpun di dalam kitab Kay Laa Namdhee Ba’eedan ‘an Ihtiyaajaat al-’Asr. Al-Marhum berpesan, biar pun Maulid tidak disambut di zaman Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam atas sebab yang makruf, ia tidak seharusnya menjadi alasan untuk tarikh yang difahami sebagai Maulid al-Rasul itu dibiarkan begitu sahaja. Ramai manusia yang secara otomatik tertanya-tanya apakah tiada sambutan, tiada ceramah, tiada kenduri.

Kesediaan masyarakat untuk ‘diprogramkan’ itu mesti dimanfaatkan oleh pendakwah. Tolaklah ke tepi anasir-anasir yang bersalahan dengan Sunnah. Namun mengapa tidak diadakan majlis ilmu mengingati Rasul sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Mengapa tidak baginda dipuji dan dikenang bersama selawat dengan bahasa syair yang indah, selagi syair itu tidak mengungkapkan syirik dan bid’ah?

Demikian juga perihal Krismas.

Ketika sahabat handai malah mungkin ada yang sanak saudara dan ahli keluarga yang menyambut Krismas kerana agama mereka, mengapa tidak sentimen dan emosi yang wujud dimanfaatkan sebagai peluang dakwah?

Umat Islam harus sudah mampu keluar daripada berulang kali memperdebatkan persoalan hukum mengucap tahniah kepada non-Muslim.

Jadikan sahaja ia peluang dakwah, ungkapkan sesuatu yang lebih Islamik.

Hantarkan kad Krismas yang disertakan dengan petikan-petikan ayat al-Quran yang berbicara tentang Isa dan Maryam.

Beritahu rakan Kristian anda bahawa kita kaum Muslimin juga memuliakan Jesus dan Mary. Namun Risalah Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam datang memurnikan kepercayaan kami mengenainya. Hadiahkan buku-buku yang baik pada menjelaskan tentang Islam serta hubungkaitnya dengan Risalah Jesus. Buku yang sedap dibaca, buku yang tidak mencederakan kasih sayang mereka kepada Jesus dan Mary, tetapi menggunakan kasih sayang itu untuk mengajak mereka kepada Aqidah yang lebih memurnikan cinta seorang mukmin kepada sekalian Rasul, di samping Isa juga bondanya Maryam.

Seperti kata Amir, “saya terasa lebih Kristian selepas memeluk Islam. Lebih dekat dengan Jesus Christ”

Mungkin sudah agak terlambat, tetapi malam itu saya mengerjakan Photoshop untuk membuat kad Krismas berserta petikan al-Quran tentang Jesus dan Mary. Kad itu dikongsikan bersama Jamal, Presiden Belfast Islamic Centre untuk dihantar kepada beberapa klien yang biasa berurusan dengan kami daripada kalangan agensi tempatan.

“Dan peringatkanlah mereka dengan hari-hari Allah. “Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur” [Ibrahim 14: 5]

ABU SAIF @ www.saifulislam.com 68000 AMPANG

Apa nak jadi

Saya pernah terbaca beberapa kes yang menarik perhatian saya dan harus di ambil buat pedoman buat kita semua. Terpulang kepada anda untuk mempercayainya atau tidak. Kes sebegini kian menular kepada generasi 'kita' sekarang. antara kes nya, seorang muslimah yang sudah berkahwin, berjubah dan bertudung labuh mempunyai teman lelaki nya. setiap hari dia tidak akan lupa menggerakkan kekasihnya supaya melakukan tahajjud. Hmmm.... Saya bingung. Kepala yang tidak gatal digaru. Juga terdapat kes, siswa yang merupakan Imam sebuah masjid di Universiti nya berzina bersama kekasihnya. Entah apa silapnya hinggakan kes kes sebegini kian menular kepada generasi zaman sekarang. Generasi hari ini, dahagakan dosa berbanding Pahala, cinta kepada dosa mengatasi cinta kepada Allah, amal ibadat di kata pergi maksiat yang di cari. Bukan mahu menunding jari tetapi mahu membetulkan diri. Renung renungkan.........